‘KOPERASI
BERPERIHATIN TERHADAP MASYARAKAT’
ISNIN, 27 APRIL 2015
Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula disambut sejak tbeberapa tahun yang lalu dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Bagi tahun 2015, sambutan HKS ditetapkan sambutannya di antara 27 April hingga 30 April 2015 .
OBJEKTIF
Antara objektif sambutan Hari Koperasi Sekolah 2015 adalah seperti berikut:
Antara objektif sambutan Hari Koperasi Sekolah 2015 adalah seperti berikut:
- Menghebahkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.
- Menggembleng penyertaan menyeluruh, pelajar, guru, kakitangan, PIBG dan masyarakat setempat.
- Mendedahkan pengetahuan perniagaan kepada pelajar.
- Menarik minat pelajar dalam bidang perniagaan.
- Memupuk daya kreatif dan inovatif budaya perniagaan dalam kalangan pelajar.
- Melahirkan lebih ramai para peniaga dan usahawan muda.
- Mewujudkan kerjasama yang erat antara koperasi sekolah dan masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment