Tarikh: 7 APRIL 2015 (SELASA)
Tempat: DATARAN SMK TAMAN JASMIN
2
Pada Khamis yang lepas, En.
Muhamad Qamarun Salim dari Majlis Perbandaran Kajang telah turun padang untuk
menyampaikan ceramah kepada murid-murid SMK Taman Jasmin 2 berkaitan dengan
demam denggi. Memandangkan peratus pengidap demam denggi yang semakin
bertambah, MPK telah mengambil inisiatif ini untuk mendedahkan kepada
murid-murid apa yang perlu mereka ketahui berkaitan dengan demam denggi. Antara
maklumat penting yang diperoleh semasa ceramah tersebut ialah:
- Demam denggi disebabkan oleh nyamuk Aedes Nyamuk Aedes aktif pada awal pagi dan lewat petang Nyamuk Aedes mengambil masa 7 hari untuk menjadi nyamuk dewasa
- Pembiakan nyamuk Aedes banyak dihabiskan di dalam air yang jernih
- Nyamuk Aedes banyak dijumpai di kawasan bandar
Langkah-langkah yang boleh
diambil:
- Bersihkan bekas air sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menghapuskan nyamuk dewasa Gunakan ABATE atau garam untuk membunuh larva atau jentik-jentik
- Selang selikan penggunaan ubat nyamuk dengan jenama yang berlainan. Ini kerana nyamuk akan imun jika kita menggunakan jenama yang sama.
Fakta
menarik: Nyamuk Aedes hanya mampu terbang pada jarak 100 - 200 meter. Oleh yang
demikian, jika berlaku demam denggi di sesuatu tempat atau perumahan, besar
kemungkinan nyamuk Aedes telah membiak di kawasan tersebut dan bukannya nyamuk
Aedes yang terbang dari kawasan lain. Jika didapati terdapat tempat pembiakan
nyamuk Aedes di sekolah, sekolah akan dikenakan kompaun sebanyak RM500.
Fogging
hanya akan dilakukan apabila terdapat kes demam denggi dilaporkan di kawasan
tersebut. Sekiranya tiada kes dilaporkan, MPK akan mengadakan kaji selidik
sebelum mengadakan semburan. Fogging amat berkesan dilakukan pada awal pagi dan
lewat petang kerana nyamuk Aedes amat aktif pada masa tersebut. Fogging tidak
akan dilakukan sekiranya tiada kes dilaporkan ataupun kaji selidik menunjukkan
tidak perlu dilakukan semburan. Ini kerana dikhuatiri nyamuk Aedes akan imun
pada semburan tersebut. Sepanjang ceramah tersebut, para pelajar telah menunjukkan kelakuan yang sangat baik dan ini telah menunjukkan imej yang
positif kepada penceramah tersebut. Semoga ceramah tersebut dapat menambahkan
lagi pengetahuan kita. Bersama-samalah kita membasmi nyamuk Aedes.
No comments:
Post a Comment