PERASMIAN MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL 2015

Cikgu JIE | Monday, 6 April 2015

Minggu Teknik dan Vokasional Tahun 2015

Pada 6 APRIL 2015, Bidang Teknik dan Vokasional SMK Taman Jamsin 2 telah mengadakan Minggu Teknik dan Vokasional dari 6 April 2015 hingga  10 April  2015 dengan tema: ‘Teknik dan Vokasional Menjana Minda Kreatif’. Pendidikan Teknik dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. 


Gimik perasmian oleh Pn. Ariyati binti Kandak, Pengetua SMK Taman Jasmin 2
     Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional telah disempurnakan oleh Pn.Ariyati binti Kandak, Pengetua SMK Taman Jasmin 2. Matlamat mengadakan Minggu Teknik dan Vokasional akan dapat memberikan  pendedahan dan memantapkan penguasaan murid  dalam bidang Teknik dan Vokasional  melalui aktiviti-aktiviti terancang bagi membentuk generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan .
       Disamping itu,objektif yang diharapkan dengan terlaksananya program  ini ialah dapat menimbulkan minat serta mengukuhkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional, mencetuskan kreativiti dan reka cipta  murid melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, murid dapat dilatih dari sudut kepimpinan dan semangat bekerjasama secara berpasukan melalui  aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Minggu Teknik dan Vokasional, memberi peluang dan ruang kepada guru dan murid  mendedahkan modul-modul kemahiran yang yang dilaksanakan oleh murid-murid di bawah bidang Teknik dan Vokasional secara lebih dekat melalui aktiviti-aktiviti atau pameran yang dianjurkan, dan memupuk minat dan mendedahkan murid dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti jualan hasil kerja tangan murid.
      Bagi merealisasikan hasrat ini, panitia-panitia di bawah bidang ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah bidang teknologi dan kejuruteraan disamping aktiviti yang menekankan aspek rekacipta dan kemahiran berfikir untuk semua murid SMKTaman Jasmin 2






No comments: