SMK TAMAN JASMIN 2
ANJURAN : UNIT HEM DAN PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS)
PENDAHULUAN
Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya kepimpinan yang
berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang ingin dicapai.
Bakat kepimpinan pelajar khususnya pengawas, pengawas pusat sumber dan tunas
pembimbing rakan sebaya amat diperlukan dalam sesebuah sekolah. Kebolehan dan
kemampuan memimpin ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah meningkatkan
kualiti disiplin dan ketrampilan warga sekolah. Pengawas dan pengawas pusat
sumber merupakan satu badan penting di sekolah dalam membantu mewujudkan iklim
yang baik. Oleh itu, mereka seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan
selaras dengan tugas- tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat
dituntut sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.
OBJEKTIF
Pada akhir program diharap murid akan :
- Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri pelajar
- Menjadi murid yang mempunyai sahsiah yang tingggi serta berguna pada agama, bangsa dan negara. membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan
- Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan Menanam sikap yang bertanggungjawab dan suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan dedikasi
- Melahirkan pemimpim yang dapat menjadi “ Role Model” kepada pelajar-pelajar lain
- Memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab masing-masing.
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SLOT BERSAMA IBU BAPA
No comments:
Post a Comment