KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2015

Cikgu JIE | Sunday 12 April 2015
11-12  APRIL 2015
SMK TAMAN JASMIN 2
ANJURAN : UNIT HEM DAN PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS)


PENDAHULUAN
Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan pelajar khususnya pengawas, pengawas pusat sumber dan tunas pembimbing rakan sebaya amat diperlukan dalam sesebuah sekolah. Kebolehan dan kemampuan memimpin ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan ketrampilan warga sekolah. Pengawas dan pengawas pusat sumber merupakan satu badan penting di sekolah dalam membantu mewujudkan iklim yang baik. Oleh itu, mereka seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan tugas- tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak. 


OBJEKTIF 
Pada akhir program diharap murid akan : 

  • Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri pelajar 
  • Menjadi murid yang mempunyai sahsiah yang tingggi serta berguna pada agama, bangsa dan negara. membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan 
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan Menanam sikap yang bertanggungjawab dan suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan dedikasi 
  • Melahirkan pemimpim yang dapat menjadi “ Role Model” kepada pelajar-pelajar lain 
  • Memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab masing-masing. 





KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SLOT BERSAMA IBU BAPA





No comments: