CERAMAH FIRE PREVENTION

Cikgu JIE | Wednesday 29 April 2015
Ceramah fire prevention disampaikan oleh Anne Cheng daripada FPC (Fire Prevention Centre).
KHAMIS, 30 April 2015
Satu ceramah mengenai 'Langkah-Langkah Keselamatan Kebakaran' oleh Mrs Anne Cheng. Ceramah pendidikan ini disertai oleh semua guru di Bilik Guru. Objektif utama ceramah ini disampaikan adalah bagi mewujudkan kesedaran untuk mencegah dan mengurangkan kemungkinan berlakunya kebakaran yang boleh menyebabkan kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda.
Menerusi ceramahnya, beliau memperkenalkan beberapa jenis kebakaran dan menekankan pentingnya strategi untuk mencegah kebakaran yang perlu disediakan di setiap bangunan. Strategi pencegahan tersebut, termasuk pemasangan pemadam api dan sistem pengesanan asap di bangunan-bangunan kediaman. Selain daripada itu, Mrs Anne juga memaklumkan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan  semasa berlakunya kebakaran.




No comments: