CERAMAH DENGGI 2015

Cikgu JIE | Monday 6 April 2015





Tarikh: 7 APRIL 2015 (SELASA)
Tempat: DATARAN SMK TAMAN JASMIN 2


Pada Khamis yang lepas, En. Muhamad Qamarun Salim dari Majlis Perbandaran Kajang telah turun padang untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid SMK Taman Jasmin 2 berkaitan dengan demam denggi. Memandangkan peratus pengidap demam denggi yang semakin bertambah, MPK telah mengambil inisiatif ini untuk mendedahkan kepada murid-murid apa yang perlu mereka ketahui berkaitan dengan demam denggi. Antara maklumat penting yang diperoleh semasa ceramah tersebut ialah: 
  • Demam denggi disebabkan oleh nyamuk Aedes Nyamuk Aedes aktif pada awal pagi dan lewat petang Nyamuk Aedes mengambil masa 7 hari untuk menjadi nyamuk dewasa
  • Pembiakan nyamuk Aedes banyak dihabiskan di dalam air yang jernih
  • Nyamuk Aedes banyak dijumpai di kawasan bandar 

Langkah-langkah yang boleh diambil:

  • Bersihkan bekas air sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menghapuskan nyamuk dewasa Gunakan ABATE atau garam untuk membunuh larva atau jentik-jentik
  • Selang selikan penggunaan ubat nyamuk dengan jenama yang berlainan. Ini kerana nyamuk akan imun jika kita menggunakan jenama yang sama. 
Fakta menarik: Nyamuk Aedes hanya mampu terbang pada jarak 100 - 200 meter. Oleh yang demikian, jika berlaku demam denggi di sesuatu tempat atau perumahan, besar kemungkinan nyamuk Aedes telah membiak di kawasan tersebut dan bukannya nyamuk Aedes yang terbang dari kawasan lain. Jika didapati terdapat tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekolah, sekolah akan dikenakan kompaun sebanyak RM500. 

Fogging hanya akan dilakukan apabila terdapat kes demam denggi dilaporkan di kawasan tersebut. Sekiranya tiada kes dilaporkan, MPK akan mengadakan kaji selidik sebelum mengadakan semburan. Fogging amat berkesan dilakukan pada awal pagi dan lewat petang kerana nyamuk Aedes amat aktif pada masa tersebut. Fogging tidak akan dilakukan sekiranya tiada kes dilaporkan ataupun kaji selidik menunjukkan tidak perlu dilakukan semburan. Ini kerana dikhuatiri nyamuk Aedes akan imun pada semburan tersebut. Sepanjang ceramah tersebut, para pelajar telah menunjukkan kelakuan yang sangat baik dan ini telah menunjukkan imej yang positif kepada penceramah tersebut. Semoga ceramah tersebut dapat menambahkan lagi pengetahuan kita. Bersama-samalah kita membasmi nyamuk Aedes.



No comments: