TARIKH : 23 JUN 2015
HARI : SELASA
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN
Ceramah telah diadakan kepada semua pelajar cina. Penceramah En Ong Boon Siong telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut dari 8.00 pagi hingga 12.30. En Ong juga seorang orang kurang upaya (OKU) telah berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang OKU sejak dilahirkan. Antara topik yang dibincangkan adalah seperti ciri-ciri seorang pelajar cemerlang, cara-cara menghormati orang lain, mengapa seseorang harus menghargai jasa ibu bapa, guru-guru dan orang-orang yang pernah berjasa kepada mereka, dan 7 langkah rahsia kejayaan. Disamping itu beberapa orang pelajar yang terpilih telah diuji tentang kemampuan visual, audio dan kinestetik bagi mengenalpasti cara belajar yang lebih sesuai bagi mereka. Secara kesimpulannya, ceramah ini amat bermanfaat bukan sahaja kepada pelajar cemerlang, tetapi juga kepada pelajar yang bermasalah disiplin.
No comments:
Post a Comment