Murid-murid keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut. Mereka keluar secara berlari tetapi tidak dalam keadaaan tergesa-gesa. Pelajar-pelajar bergerak dan berkumpul di padang besar sekolah. Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak Jadual Kedatangan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal.
Antara objektif diadakan latihan kebakaran dan kecemasan adalah:
- Untuk mendedahkan dan membiasakan warga sekolah terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.
- Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini penghuni yang terancam dengan bahaya dapat bertindak dengan tenang dan teratur.
- Menyediakan jalan keluar dan tangga keselamatan supaya dapat digunakan dengan kaedah yang dirancangkan.
- Menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan alatan keselamatan yang disediakan.
- Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi warga sekolah keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.
Berikut disertakan beberapa keping gambar semasa latihan tersebut.
LATIHAN KEBAKARAN SESI PTG
No comments:
Post a Comment