PELANCARAN MINGGU BAHASA DALAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2015
TARIKH : 2 FEBRUARI 2015
Pengenalan NILAM
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi
pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian
pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara
kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di
kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian
Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula
dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di
sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca
bertarikh 22 Mei 1998.
OBJEKTIF
1. Menggalakkan murid banyak membaca.
2.Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai
tabiat membaca ini.
3. Mencari Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah ke Peringkat Bahagian.
TAHAP PELAKSANAAN
Merangkumi 2 Tahap :
1. Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina
satu tabiat yang dikenali sebagai Jauhari.
2.Tahap Rakan Pembaca - Membantu Pencambahan penyertaan murid dan penggunaan
bahan dalam aktiviti galakan membaca.
No comments:
Post a Comment