MESYUARAT PIBG SESI 2015/2016

Cikgu JIE | Thursday, 12 February 2015
SABTU, 7 FEBRUARI 2015. Mesyuarat JK PIBG SMK TMN JASMIN 2, 2015 telah diadakan pada sabtu yang lepas. Diharap perjumpaan ibubapa dengan guru di sekolah ini dapat sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa. Permuafatan guru dengan ibubapa diharap dapat memajukan lagi sistem pendidikab di sekolah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibubapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak 100% kepada pihak sekolah. Perlu kita sedar bahawa masa anak-anak di sekolah hanya 6 jam sehari manakala masa mereka di rumah dan dibawah pengawasan ibubapa adalah lebih baik kurang 18 jam. Maka tidak wajarlah jika terus menuding jari menyalahkan guru-guru di sekolah jika anak-anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, sebagai ibubapa hendaklah sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk kebaikan anak-anak.













DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .

Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , gemilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَالِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ


وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

No comments: