KEM JATI DIRI PENGAWAS 2016

Cikgu JIE | Wednesday 3 August 2016
KEM RIMBA RIA ,HULU LANGAT
29-30 JULAI 2016


Kem Kepimpinan Pengawas 2016 ini merupakan anjuran Unit HEM dan Badan Pengawas SMK Taman Jasmin 2. Program ini merupakan program tahunan yang meletakkan sasarannya adalah pengawas sekolah. Usaha mewujudkan pengawas yang berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi adalah satu cabaran yang besar terhadap pihak sekolah. Oleh itu,  komitmen dankerjasama daripada semua pihak iaitu sekolah, ibu bapa masyarakat dan tentunya pelajar itu sendiri amatlah perlu untuk mewujudkan pengawas yang serba boleh. Sehubungan itu, pihak sekolah amnya dan Unit HEM khasnya bertanggungjawab dalam   membina   aspek   kecemerlangan   sahsiah,   kepimpinan   dan   kerohanian   pengawas- pengawas ini  di samping mencorakkan generasi yang cemerlang di dalam bidang akademik. Keseimbangan kecemerlangan seumpama ini pastinya dapat melahirkan pelajar yang benar- benar berkualiti selaras dengan status mereka sebagai generasi yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.Pengisian program yang tersusun akan membantu pengawas menyedari kepentingantanggungjawab mereka sebagai pemimpin di sekolah dan memahami ciri-ciri pemimpin yangsewajarnya dan diaplikasikan dalam tugasan harian















No comments: