KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2016 SMK TAMAN JASMIN 2

Cikgu JIE | Friday 11 March 2016
PENGENALAN
Karnival Keusahawanan & Hari Anugerah Kecemerlangan Anjuran Bersama PIBG SMK Taman Jasmin 2 julung kali bakal diadakan di SMK Taman Jasmin 2 bagi sesi 2016. Program ini melibatkan Sarana Ibu Bapa dan kerjasama komuniti serta kolaboratif dengan agensi awam dan pemegang taruh (stakeholder) yang berkaitan merupakan agenda utama dalam menyokong dan menggembleng tenaga dalam usaha ke arah transformasi pendidikan demi pencapaian kemajuan sekolah dan kemenjadian murid secara menyeluruh.


                       Tarikh                        : 26 Mac 2016
                       Masa                         : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
            Tempat                        Kantin dan Foyer SMK Taman Jasmin 2, Kajang                 
            
 OBJEKTIF
                  o   Mengumpul dana untuk menaik taraf tembok sekolah bagi mengatasi masalah disiplin.
o   Membentuk kemahiran insani (soft skill) murid dalam kegiatan luar bilik darjah
o   Menanamkan minat dan kecenderungan keusahawanan dalam kalangan murid-murid di  sekolah
o   Mewujudkan hubungan dua hala dalam kalangan ibu bapa, komuniti, NGO, agensi awam  dengan pihak sekolah
SEMUA DIJEMPUT HADIR!!


No comments: