PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN PERINGKAT ZON SEMENYIH 2015

Cikgu JIE | Tuesday 3 March 2015
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN PERINGKAT ZON SEMENYIH 2015

ISNIN
2 MAC 2015

Untuk makluman, pihak sekolah telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini. Syabas dan Tahniah kepada team sekolah yang telah bergelar juara. Tahniah juga kepada semua guru yang membantu menjayakan program ini




          OBJEKTIF
  •        Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan.
  •         Bagi melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara spontan.
  • Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan teratur.



FORMAT PERTANDINGAN
  •   Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima orang pembahas dari sekolah yang sama.
  •     Pasukan yang mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.
  •    Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB Perdana Menteri, manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat, dan YB Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang Kelima.





No comments: