29-30 JULAI 2016
Kem Kepimpinan Pengawas 2016
ini merupakan anjuran Unit HEM dan Badan Pengawas SMK Taman Jasmin 2. Program
ini merupakan program tahunan yang meletakkan sasarannya adalah pengawas
sekolah. Usaha mewujudkan pengawas yang berketrampilan dan mempunyai sifat
kepimpinan yang tinggi adalah satu cabaran yang besar terhadap pihak sekolah.
Oleh itu, komitmen dankerjasama daripada
semua pihak iaitu sekolah, ibu bapa masyarakat dan tentunya pelajar itu sendiri
amatlah perlu untuk mewujudkan pengawas yang serba boleh. Sehubungan itu, pihak
sekolah amnya dan Unit HEM khasnya bertanggungjawab dalam membina
aspek kecemerlangan
sahsiah,
kepimpinan dan kerohanian
pengawas-
pengawas ini di samping mencorakkan
generasi yang cemerlang di dalam bidang akademik. Keseimbangan kecemerlangan
seumpama ini pastinya dapat melahirkan pelajar yang benar- benar berkualiti
selaras dengan status mereka sebagai generasi yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.Pengisian
program yang tersusun akan membantu pengawas menyedari kepentingantanggungjawab
mereka sebagai pemimpin di sekolah dan memahami ciri-ciri pemimpin yangsewajarnya
dan diaplikasikan dalam tugasan harian
No comments:
Post a Comment