Disamping itu,objektif yang diharapkan dengan terlaksananya program ini ialah dapat menimbulkan minat serta mengukuhkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional, mencetuskan kreativiti dan reka cipta murid melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, murid dapat dilatih dari sudut kepimpinan dan semangat bekerjasama secara berpasukan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Minggu Teknik dan Vokasional, memberi peluang dan ruang kepada guru dan murid mendedahkan modul-modul kemahiran yang yang dilaksanakan oleh murid-murid di bawah bidang Teknik dan Vokasional secara lebih dekat melalui aktiviti-aktiviti atau pameran yang dianjurkan, dan memupuk minat dan mendedahkan murid dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti jualan hasil kerja tangan murid.
Bagi merealisasikan hasrat ini, panitia-panitia di bawah bidang ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah bidang teknologi dan kejuruteraan disamping aktiviti yang menekankan aspek rekacipta dan kemahiran berfikir untuk semua murid SMKTaman Jasmin 2
No comments:
Post a Comment