MAJLIS DEKAT DISAYANG, JAUH DIKENANG

Cikgu JIE | Thursday, 25 February 2016
KHAMIS, 25 FEBRUARI 2016- Majlis Dekat Disayang, Jauh Dikenang telah diadakan sempena meraikan persaraan Pn Habsah Binti Che Dam (GKMP Kemanusiaan), Pn Zaleha Binti Abdullah (Guru Sains), dan Pn Girace Manoranjitham a/p S. Ponnudurai. Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Duhai guru
Pembina Negara Bangsa
Yang mengisi dada anak bangsa
Dengan ilmu dah perasaan kasih

Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru
Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampai kan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu sayangi
Menjadi insan

Duhai guru
Sudah bermusim kita bersama di sini
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupakan

Ketahuilah duhai guru
Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada








No comments: