ISNIN-25 JANUARI
PERASMI : TN HJ ANNUAR BIN IDIRS, YDP PIBG
Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada murid-murid sekolah. Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif PSS.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk melatih para murid untuk menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan pertolongan dari segi emosi, sosial mahupun mental di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Pengawas SPBT yang dilantik akan membantu guru SPBT melicinkan lagi operasi SPBT sekolah. Selain Itu, membantu melaksanakan kerja-kerja pengagihan dan pemulangan buku serta menjalankan aktiviti kebersihan dan keceriaan bilik BOSS.
PENYERAHAN KUASA ROTAN KEPADA GURU DISIPLIN SEKOLAH
OBJEKTIF
- Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS, PRS , SPBT , Koperator, Pengawas Kokurikulum supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
- Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
- Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.
No comments:
Post a Comment