Tanggal 10 Ogos 2015, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemanusiaan dan Hari Kemerdekaan tahun 2015 telah diadakan. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Annuar bin Idris, YDP PIBG SMK Taman Jasmin 2.
Sambutan Bulan Kemanusiaan dan Hari Kemerdekaan ini merupakan satu program tahunan di sekolah ini. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan di kalangan murid-murid. Secara tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.
Objektif program adalah seperti berikut:
- Menyemai semangat cinta akan negara
- Menyemai semangat 1Malaysia.
- Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
- Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
- Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
Berikut merupakan senarai aktiviti yang akan dijalankan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia :
1) Pelancaran Bulan Kemanusiaan dan Bulan Kemerdekaan
2) Pertandingan Replika Sejarah
3) Pameran Panitia Bidang Kemanusiaan
4) Pertandingan Basikal Berhias
5) Simulasi Pilihanraya
6) Pertandingan Kad Gergasi Kemerdekaan
7) Sambutan Ambang Kemerdekaan
8) Sambutan Hari Malaysia dan penutupan Bulan Kemerdekaan
Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran :
1.ucapan pelancaran, ucapan gkmp, dan pengacara majlis
2) Gimik Perasmian
No comments:
Post a Comment