TARIKH KEJOHANAN : 8 MEI 2015
TEMPAT : PADANG SMK TJ 2
PERASMI : TN HJ ANNUAR BIN IDRIS
Sukan memainkan
peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan,
pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecmerlangan di bidang sukan,
malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin
diri.
Memandangkan hakikat tersebut yang
mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan
dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak
pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan
mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk
semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat
membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial
pelajar.
Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2 sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan
dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan
penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.
TAHNIAH DAN SYABAS!!!
JOHAN : TOK JANGGUT (MERAH)
NAIB JOHAN : MAT KILAU (UNGU)
KETIGA : BIRU (DATO' MAHARAJALELA)
KEEMPAT : HIJAU (DATO' BAHAMAN)
KELIMA : KUNING (MAT SAID)
No comments:
Post a Comment