Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ianya mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana para generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.
No comments:
Post a Comment