PERHIMPUNAN RASMI & WATIKAH PELANTIKAN GURU DISIPLIN 2024/2025 SESI PAGI

Cikgu JIE | Monday 25 March 2024

Segak bergaya guru-guru SMK Taman Jasmin Jasmin 2 berbusana ungu hari ini. Seperti biasa, perhimpunan rasmi akan diadakan pada setiap pagi Isnin dan dimulakan dengan bacaan doa, iringan lagu Negraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah SMKTJ2, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid. 

                                                      








Guru bertugas minggu lepas akan membacakan laporan, dan menyentuh isu-isu berbangkit terutamanya mengenai disiplin pelajar.







Hari ini juga, penyerahan Watikah Pelantikan Guru Disiplin sesi pagi dan petang diadakan. Penolong Kanan HEM, Puan Musalmahwati telah menyampaikan watikah berkenaan kepada Ketua Guru Disiplin Encik Muhamad Rafizal. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan digalas dengan sebaik mungkin.








No comments: