MAJLIS SETIA BUDI, SEMARAK KASIH

Cikgu ZIEHA-ZAM | Saturday, 28 January 2017
Majlis Persaraan "SETIA BUDI, SEMARAK KASIH"

PK HAL EHWAL MURID - PN AZIZAH BINTI MOHD SHAH
PK PETANG - DR. HANIDA BINTI HARON

Alhamudulillah, majlis ini telah berjaya diadakan pada 24 Januari 2017 ( Selasa) yang lalu. Sekalung budi diucapakn kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.


Anak lembu di tepi bukit,
Berjalan beriring berkawan-kawan,
Berbuat baik walau sedikit,
Tetap dikenang budimu tuan.

Inang-inang padi Pak Dalik,
Padi tak sama rupa bunganya,
Sungguh ku kenang budi yang baik,
Tidak kulupa selama-lamanya.

Pulau Daik banyak kelapa,
Pulau Karimon banyak pegaga,
Budi baik tuan payah dilupa,
Beribu tahun kukenang juga.

Sayang Pak Uda menahan racik,
Umpannya kekaltu di dalam pinggan,
Kalau ada budi yang baik,
Menjadi abu orang kenangkan.

Semoga perjalanan beliau selepas ini akan diberkati dan segala budi baik akan dikenang sampi akhir hayat.

TERIMA KASIH PN AZIZAH BINTI MOHD SHAH DAN DR HANIDA BINTI HARON.

































No comments: