MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL 2016

Cikgu JIE | Thursday 14 April 2016
"Teknik dan Vokasional Pemangkin Modal Insan"Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional telah disempurnakan oleh Pn Noor Lailah binti Muhammad Zain, Pengetua SMK Taman Jasmin 2 untuk sesi pagi dan Dr. Hanida Haron untuk sesi petang. Matlamat mengadakan Minggu Teknik dan Vokasional akan dapat memberikan  pendedahan dan memantapkan penguasaan murid  dalam bidang Teknik dan Vokasional  melalui aktiviti-aktiviti terancang bagi membentuk generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan .

       Disamping itu,objektif yang diharapkan dengan terlaksananya program  ini ialah dapat menimbulkan minat serta mengukuhkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional, mencetuskan kreativiti dan reka cipta  murid melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, murid dapat dilatih dari sudut kepimpinan dan semangat bekerjasama secara berpasukan melalui  aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Minggu Teknik dan Vokasional, memberi peluang dan ruang kepada guru dan murid  mendedahkan modul-modul kemahiran yang yang dilaksanakan oleh murid-murid di bawah bidang Teknik dan Vokasional secara lebih dekat melalui aktiviti-aktiviti atau pameran yang dianjurkan, dan memupuk minat dan mendedahkan murid dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti jualan hasil kerja tangan murid.
      Bagi merealisasikan hasrat ini, panitia-panitia di bawah bidang ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah bidang teknologi dan kejuruteraan disamping aktiviti yang menekankan aspek rekacipta dan kemahiran berfikir untuk semua murid SMKTaman Jasmin 2






No comments: