MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA PT3 DAN SPM2015

Cikgu ZIEHA-ZAM | Saturday, 3 October 2015
SMK Taman Jasmin 2-Tanggal 3 Oktober 2015  Solat Hajat Perdana PT3 san SPM 2015 telah  diadakan di Surau Taman Jasmin 2  dalam suasana yang sederhana,namun tetap meriah dengan kehadiran lebih daripada 50% ibubapa murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM tidak lama lagi.Ibubapa dan para guru serta murid tidak ketinggalan menunaikan solat hajat beramai-ramai serta membaca yasin secara berjemaah bagi memohon keberkatan dari Ilahi,semoga diterangkan hati-hati anak-anak didik SMK Taman Jasmin 2 dalam menjawab soalan yang bakal dikemukakan nanti.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru,murid-murid dan ibubapa yang telah menjayakan program ini.Semoga anak-anak didik SMK Taman Jasmin 2 akan memperolihi keputusan yang cemerlang di dalam PT3 dan SPM nanti.




No comments: