PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER 2015

Cikgu JIE | Sunday 21 June 2015
TEMA : PELAJAR BERINFORMASI MENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH
TARIKH : 22-26 JUN 2015



Program Minggu Pusat Sumber merupakan satu program tahunan yang dikendalikan oleh Pusat Sumber SMK Taman Jasmin 2. Program pada tahun ini akan menyediakan aktiviti- aktiviti yang boleh mendekatkan murid-murid dengan Pusat Sumber Sekolah di samping memberi pendedahan dan pengetahuan yang sangat berguna kepada murid-murid dari segi akademik dan ko-kurikulum. Diharapkan Program Minggu Pusat Sumber yang akan dijalankan ini akan dapat mencapai objektif yang diharapkan.

                 OBJEKTIF

2.1                 Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai fungsi PSS dalam  meningkatkan pengetahuan
2.2                 Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai Projek Sekolah Dalam PSS
2.3                 Membentuk para pelajar berfikiran  kritis dan kreatif.
2.4                 Menarik minat pelajar untuk mengunjungi PSS
2.5                 Mencungkil bakat pelajar dalam penulisan.

Pelancaran peringkat sekolah telah diadakan pada Isnin, 22 Jun 2015. Majlis telah dirasmikan oleh Pn pengetua : Pn Ariyati binti Kandak (sesi pagi ) dan PK Petang Dr Hanida Haron (sesi petang)









No comments: