KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015

Cikgu JIE | Monday 11 May 2015
TARIKH KEJOHANAN : 8 MEI 2015
TEMPAT : PADANG SMK TJ 2
PERASMI : TN HJ ANNUAR BIN IDRIS

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecmerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

            Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.


            Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2 sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.
TAHNIAH DAN SYABAS!!!
JOHAN            : TOK JANGGUT (MERAH)
NAIB JOHAN : MAT KILAU (UNGU)
KETIGA          : BIRU (DATO' MAHARAJALELA)
KEEMPAT      : HIJAU (DATO' BAHAMAN)
KELIMA         : KUNING (MAT SAID)














No comments: