PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN 2015

Cikgu JIE | Tuesday 30 December 2014
Berikutan daripada pengumuman yang di buat ,SMK Taman Jasmin 2 akan mula bersekolah pada 12 Januari. Harap maklum untuk semua pelajar dan ibu bapa. Walaubagaimanapun, Program Pendaftaran pelajar baru akan berjalan seperti yang di beritahu.

"KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi :
a) negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
b) negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). "

No comments: