LAWATAN PEGAWAI SIPartners DAN EN AZHAR (PPDHL)

Cikgu JIE | Sunday 23 March 2014
Apa itu SISC dan SIP? 

Program SISC ataupun juga dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak awal tahun 2011. Guru-guru yang terpilih (sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang) telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees".

Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya akan ditugaskan untuk memantau sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi / pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah. 

Program ini telah diadakan secara berperingkat, dengan 2 negeri perintis telah dimulakan di Kedah dan Sabah pada tahun 2011. Atas keberkesanan program SISC yang telah dijalankan, maka jawatan SISC+ akan diwujudkan mulai tahun 2013, dengan pelaksanaan  nya adalah merangkumi seluruh negara.

Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akanmemantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat.

Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah utk membimbing guru dlm aspek pedagogi, PBS,KSSR dan sbg penghubung terus pihak Kementerian dgn sekolah. SIP+ pula berfungsi untuk membimbing Pengetua/ GB dan pengurusan sekolah.


Pegawai SIP dan pegawai ppdhl (En Azhar) berbincang dengan tujuan untuk membimbing pentadbir dalam pengurusan sekolah pada 21 Mac 2014(8.30 am-11.30am)

No comments: