PROGRAM SIMULASI HAJI

Cikgu ZIEHA-ZAM | Monday, 24 February 2014
·         Tarikh              :  21 Februari 2014
·         Masa               :  8.00 pagi – 12.00 tgh
·         Tempat            : Dataran perhimpunan SMKTJ2

·         Penglibatan     : Semua pelajar tingkatan 4

PENGENALAN

Haji dan Umrah merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan bagisetiap umat Islam yang berkemampuan. Mempelajarinya merupakan fardhu ain bagi setiap pelajar Islam. Program yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah bagi memberi motivasi menunaikan haji dan umrah kepada semua pelajar. Ia juga bagi melengkapkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat.

Objektif program ini ialah:

1.    Menambahkan pengetahuan tentang rukun Islam yang kelima.
2.    Melengkapkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat.

3.    Meningkatkan motivasi untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah.











No comments: