MAKLUMAN AKTIVITI SEKOLAH

Cikgu JIE | Wednesday 13 November 2013
Semua Ibu Bapa / Penjaga,
Pelajar-pelajar SMK Taman Jasmin 2.

Tuan / Puan,

MAKLUMAN AKTIVITI SEKOLAH

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan perkara-perkara berikut untuk makluman dan tindakan tuan / puan iaitu:-

2.1          Peperiksaan SPM 2013,

                2.1.1      Peperiksaan SPM 2013 akan bermula pada 06.11.2013 (Rabu) hingga              03.12.2013 (Selasa).
               * Sila pastikan anak tuan/puan hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan tersebut          dengan membawa bersama-sama slip peperiksaan dan kad pengenalan.
2.1.2           Majlis Restu Ilmu untuk murid-murid Tingkatan 5 akan diadakan pada 31.10.2013 (Khamis).
2.1.3           Slip peperiksaan SPM 2013 serta fail peribadi akan diserahkan kepada semua murid Tingkatan 5 pada 31.10.2013 (Khamis). Sila pastikan anak tuan/puan hadir ke sekolah.
2.1.4           Blok 3 akan menjadi pusat peperiksaan bagi calon sekolah. Oleh itu, ada kelas-kelas yang bersekolah dan ada kelas-kelas akan direhatkan. (Sila lihat lampiran yang disertakan).

2.1.5           Calon SPM 2013 digalakkan mengikuti Program Santapan Ilmu (bimbingan / ulangkaji kertas peperiksaan yang berikut) sekiranya keluar awal dari dewan peperiksaan.


3.            Ibu bapa boleh melayari laman sesawang sapsnkra.moe.gov.my (semakan ibu bapa) untuk menyemak keputusan Peperiksaan Akhir Ting. Peralihan dan Ting. 4  2013 selepas 26.11.2013.

4.            Pendaftaran Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 (2014) ialah pada 31.12.2013 (Selasa) bermula pada jam 8.00 pagi.

5.            Semua murid Tingkatan 3 dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah semasa mengambil keputusan PMR               2013.

6.            Pemulangan Buku Teks SPBT Ting. Peralihan, Ting. 1, Ting. 2 dan Ting. 4 seperti pada lampiran yang disertakan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan. Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

No comments: