MAJLIS GRADUASI KALI PERTAMA SMK TAMAN JASMIN 2

Cikgu JIE | Thursday 31 October 2013
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ANDA!!!




Kejayaan sesebuah sekolah secara umumnya dinilai daripada aspek pencapaian cemerlang pelajar-pelajar  khususnya dalam peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi pelajar-pelajar tingkatan lima, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu elemen yang akan menentukan hala tuju kehidupan mereka sebaik sahaja meninggalkan alam persekolahan. Sehubungan itu, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2 telah mengambil daya inisiatif untuk melaksanakan Majlis Graduasi khususnya bagi pelajar-pelajar tingkatan lima. Majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan zaman persekolahan dan seterusnya memberi suntikan semangat untuk belajar dengan lebih giat bagi mencipta kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM.



Anugerah Pelajar Harapan Aliran Sains

¨  KOK JIA EN



Anugerah Pelajar  Harapan Aliran Sastera

¨  MARINAH KHALISHAH BINTI ROSMAN












No comments: