MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2013

Cikgu JIE | Tuesday 24 September 2013
Majlis Anugerah Kokurikulum merupakan salah satu program tahunan anjuran Unit Kokurikulum sekolah ini bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar yang berjaya dalam pertandingan, memegang jawatan dalam kegiatan kokurikulum dan terlibat secara aktif dalam kegiatan ini akan diberikan sijil atas penglibatan mereka


Menerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diharap dapat merangsang kecemerlangan pelajar SMK Taman Jasmin 2 dalam aktiviti kokurikulum, serta dapat  meningkatkan pencapaian unit-unit iaitu Kelab & Persatuan, Unit Beruniform serta Sukan dan Permainan seterusnya meningkatkan markah pencapaian kokurikulum secara menyeluruh sama ada di peringkat sekolah , daerah, negeri mahupun antarabangsa.


No comments: