Sekolah ini terletak di Kajang Prima kira-kira 3 km dari bandar Kajang. Pembinaan sekolah ini bermula pada bulan Mac 2001 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2002. Sekolah ini terdiri daripada 8 blok bangunan dan kawasan lapangan seluas 8 ekar. Kos pembinaannya berjumlah RM19,774,182.36. Majlis penyerahan bangunan sekolah secara rasminya telah diadakan pada 17 Disember 2002. SMK Taman Jasmin 2 mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Pada awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai 26 orang guru dan 343 orang pelajar serta 6 orang staf sokongan. Setiap tahun berlaku pertambahan guru dan pelajar.
Sesi menandatangani dokumen perjanjian penyerahan bangunan |
Sesi perbincangan antara wakil JPNS wakil PPDHL, wakil Perunding Kontraktor, wakil Kontraktor Utama dan Pentadbir Sekolah |
No comments:
Post a Comment