TAHNIAH MUHYEDDEEN , JOHAN MQSS PERINGKAT KEBANGSAAN!

 

🎉 TAHNIAH MUHYEDDEEN , JOHAN MQSS PERINGKAT KEBANGSAAN! 🏆

Sekalung tahniah diucapkan kepada MUHAMMAD MUHYEDDEEN BIN MOHAMED ABDUL KATHER atas kejayaan menjadi JOHAN Johan qiraat sabie' bittaranum (L) men atas, peringkat kebangsaan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Peringkat Kebangsaan 2025! 




Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha gigih, disiplin tinggi dan kecekalan dalam menuntut ilmu Al-Quran pasti membuahkan hasil. Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi kepada warga sekolah dan seluruh anak muda Islam untuk mencintai Al-Quran. 📖💫





“Al-Quran dijunjung, martabat diri ditinggikan.”

Hari Bicara Akademik SMK Taman Jasmin 2 Tahun 2025

 

📚 Hari Bicara Akademik SMK Taman Jasmin 2
🤝

Tarikh: 11 Julai 2025 (Jumaat)
Tempat: Dataran Jasmin & Kelas

Pada Jumaat lalu, telah berlangsungnya Hari Bicara Akademik, satu platform penting yang mempertemukan ibu bapa dan guru dalam usaha memperkukuh kecemerlangan akademik anak-anak.











Melalui sesi perjumpaan ini, ibu bapa berpeluang mendapatkan maklum balas secara langsung tentang prestasi akademik anak-anak, berkongsi pandangan, serta menyusun strategi bersama demi kecemerlangan masa depan mereka.











✨ Objektif program ini adalah untuk:
✅ Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa dan guru
✅ Menyemak dan membincangkan keputusan peperiksaan
✅ Merancang tindakan susulan untuk penambahbaikan prestasi





Terima kasih atas kehadiran dan komitmen ibu bapa!
Sama-sama kita bimbing anak-anak menuju kejayaan 🌟

DOL SAID (RUMAH KUNING) JUARA JOM RUN JASMIN 2025!

 #SekilasJasmin DOL SAID (RUMAH KUNING) JUARA JOM RUN JASMIN 2025!


Alhamdulillah berakhir sudah KEJOHANAN JOM RUN JASMIN 2025. Kejohanan ini berlangsung pada Jumaat lalu (28 Februari 2025). Persaingan sengit antara rumah-rumah sukan, semoga semangat kesukanan ini akan terus berkobar hingga Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) Nanti…


Ayuh saksikan suasana pada hari kejadian...







































Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa terutamanya unit Kokurikulum SMK Taman Jasmin 2 dan semua yang terlibat dalam penganjuran Jom Run 2025 Terima kasih atas segala usaha, komitmen, dan dedikasi yang telah diberikan dalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar dan penuh kejayaan.


#DemiJasmin