TAHNIAH MUHYEDDEEN , JOHAN MQSS PERINGKAT KEBANGSAAN!

 

🎉 TAHNIAH MUHYEDDEEN , JOHAN MQSS PERINGKAT KEBANGSAAN! 🏆

Sekalung tahniah diucapkan kepada MUHAMMAD MUHYEDDEEN BIN MOHAMED ABDUL KATHER atas kejayaan menjadi JOHAN Johan qiraat sabie' bittaranum (L) men atas, peringkat kebangsaan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Peringkat Kebangsaan 2025! 




Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha gigih, disiplin tinggi dan kecekalan dalam menuntut ilmu Al-Quran pasti membuahkan hasil. Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi kepada warga sekolah dan seluruh anak muda Islam untuk mencintai Al-Quran. 📖💫





“Al-Quran dijunjung, martabat diri ditinggikan.”

Hari Bicara Akademik SMK Taman Jasmin 2 Tahun 2025

 

📚 Hari Bicara Akademik SMK Taman Jasmin 2
🤝

Tarikh: 11 Julai 2025 (Jumaat)
Tempat: Dataran Jasmin & Kelas

Pada Jumaat lalu, telah berlangsungnya Hari Bicara Akademik, satu platform penting yang mempertemukan ibu bapa dan guru dalam usaha memperkukuh kecemerlangan akademik anak-anak.











Melalui sesi perjumpaan ini, ibu bapa berpeluang mendapatkan maklum balas secara langsung tentang prestasi akademik anak-anak, berkongsi pandangan, serta menyusun strategi bersama demi kecemerlangan masa depan mereka.











✨ Objektif program ini adalah untuk:
✅ Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa dan guru
✅ Menyemak dan membincangkan keputusan peperiksaan
✅ Merancang tindakan susulan untuk penambahbaikan prestasi





Terima kasih atas kehadiran dan komitmen ibu bapa!
Sama-sama kita bimbing anak-anak menuju kejayaan 🌟