#SekilasJasmin Program JOM SCORE A++ Tingkatan 4 @ Hotel Oriental Cristal Kajang

 #SekilasJasmin Program JOM SCORE A++ Tingkatan 4 @ Hotel Oriental Cristal Kajang


Alhamdulillah, selesai Program JOM SCORE A++ Tingkatan 4 yang berlangsung pada Sabtu lalu (19 Oktober 2024) di Hotel Oriental Cristal Kajang. Program TERAS Kecemerlangan SPM ini dirancang sebagai satu platform bagi memantapkan pengetahuan murid-murid terhadap teknik-teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan dan membimbing  mereka supaya menanam azam untuk berjaya dalam mengejar kecemerlangan dan kejayaan dalam SPM. 

Momen program




















Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Pengetua, para pentadbir, ahli jawatankuasa dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Komitmen anda semua walaupun sewaktu cuti sememangnya mantap & hebat! Semoga semua usaha ini dibalas dengan kejayaan cemerlang murid-murid, Insya-Allah!

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK TAMAN JASMIN 2

 #SekilasJasmin PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK TAMAN JASMIN 2 (5 OGOS 2024)

Tatkala ada suara-suara yang mendakwa bahawa semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan anak muda, bulan kemerdekaan masih disambut dengan penuh meriah di sekolahsekolah seluruh Malaysia.
Saban tahun, bulan kemerdekaan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti untuk memastikan penghayatan semangat cinta akan tanah air dapat dimanifestasikan dan bukan hanya sekadar laungan keramat ‘MERDEKA’ tanpa jiwa.












































Demi merealisasikan hasrat menyemai semangat patriotisme bermula daripada bangku sekolah, SMK Taman Jasmin 2, Kajang menjadikan elemen ini sebagai salah satu daripada gimik dan persembahan ketika Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 5 Ogos 2024 yang lalu.