PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK TAMAN JASMIN 2

 #SekilasJasmin PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK TAMAN JASMIN 2 (5 OGOS 2024)

Tatkala ada suara-suara yang mendakwa bahawa semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan anak muda, bulan kemerdekaan masih disambut dengan penuh meriah di sekolahsekolah seluruh Malaysia.
Saban tahun, bulan kemerdekaan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti untuk memastikan penghayatan semangat cinta akan tanah air dapat dimanifestasikan dan bukan hanya sekadar laungan keramat ‘MERDEKA’ tanpa jiwa.












































Demi merealisasikan hasrat menyemai semangat patriotisme bermula daripada bangku sekolah, SMK Taman Jasmin 2, Kajang menjadikan elemen ini sebagai salah satu daripada gimik dan persembahan ketika Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 5 Ogos 2024 yang lalu.

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KE-67 SMK TAMAN JASMIN 2

 #SekilasJasmin Hiduplah tanahairku, terus berkibar benderaku! - Ambang Merdeka di SMKTJ2..


Antara momen Sambutan Ambang Merdeka Ke-67 di Dataran Jasmin, SMK Taman Jasmin 2 pada 30 Ogros 2024 yang lalu.
















Salam Kemerdekaan yang ke 67 tahun. Kemerdekaan sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas dalam pemikiran dan tindakan. Semoga kita benar-benar menjadi bangsa yang merdeka!







































Malaysia Merdeka!