Salam Israk dan Mikraj (27 Rejab 1445H) kepada semua umat islam.


"Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada maam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (al-Isra' ayat 1)




Peristiwa Israk dan Mikraj adalah bukti keagungan dan kekuasaan Allah S.W.T.

Semoga hari memperingati peristiwa ini meningkatkan lagi keimanan umat islam dalam menghayati kisah perjalanan agung ini.

Ikhlas daripada seluruh warga Smk Taman Jasmin Dua Rasmi

#DemiJasmin

#SekilasJasmin : Majlis Perasmian Galeri Demi Jasmin

 #SekilasJasmin : Majlis Perasmian Galeri Demi Jasmin


27 Januari 2024 menjadi detik bermakna buat semua warga Smk Taman Jasmin Dua Rasmi apabila Galeri Demi Jasmin dirasmikan.


                                      

Majlis perasmian tersebut berlangsung serentak dengan Hari Anugerah Kualiti Sekolah 2024. Ucapara berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Syed Norzalman Bin Syed Yusof dan disiarkan secara langsung di Dataran Jasmin. 





Galeri Demi Jasmin menjadi bukti kepada kejayaan-kejayaan yang dirai orang para pelajar SMKTJ2 dalam bidang akademik mahupun kokorikulum.






Semoga lebih ramai pelajar terinspirasi untuk menggenggam kejayaan seperti wajah-wajah tokoh yang terpamer dalam Galeri Demi Jasmin ini.

#DemiJasmin



#SekilasJasmin : PERASMIAN GALERI JASMIN & HARI ANUGERAH KUALITI SEKOLAH 2023

PERASMIAN GALERI JASMIN & HARI ANUGERAH KUALITI SEKOLAH SMK TAMAN JASMIN 2 2023

Alhamdulillah, 27 Januari 2024 lalu telah berlangsungnya Hari Anugerah Kualiti Smk Taman Jasmin Dua Rasmi yang diadaken di Dataran Jasmin untuk menghargai penglibatan para pelajar dan guru dalam bidang kokorikulum.

Tahniah kepada semua pelajar & guru yang mendapat anugerah. Semoga anugerah ini akan menjadi batu lonjakan kepada semua warga jasmin untuk terus memantapkan lagi usaha dałam arena ini.

Tak lupa juga, sekalung apresiasi kepada semua guru-guru ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan hari anugerah ini.

Terus mengorak langkah #DemiJasmin tercinta!

Sedikit perkongsian momen menarik Hari Anugerah Kualiti Sekolah



















Para penerima anugerah & para pelajar yang membuat persembahan













Guru-guru, para pentadbiran & VIP jemputan segak bergaya berbaju batik








Ketibaan VIP & Perasmian Galeri Jasmin







Plak & hadiah-hadiah yang disediakan oleh guru-guru












Tahniah kepada guru-guru dan para pelajar yang menerima anugerah.



Anugerah Tokoh Sukan dan Anugerah Tokoh Kokurikulum SMKTJ2 2023


Semoga kita semua bertemu lagi di Anugerah Kualiti Sekolah SMKTJ2 2024 yang akan datang dengan lebih banyak pencapaian hebat.