JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Acara yang dinanti-nantikan akan tiba. Mesyuarat Agung PIBG SMK Taman Jasmin 2 kali ke-15 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 4 Mac 2018
Masa: 8.00 pagi
Tempat: SMK Taman Jasmin 2
Perasmi : YB Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz DMSM,AMS.JP
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
Kawasan Semenyih
Jika ibu bapa ada sebarang kemusykilan atau sebarang isu, anda dijemput untuk hadir dan bersama-bersama berbincang untuk menambah baik kualiti dan kebajikan anak-anak kita.
Semoga kehadiran dato’/ datin/ tuan / puan akan memeriahkan majlis ini.

TAHNIAH PASUKAN MERENTAS DESA SMKTJ2

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN 
NAIB JOHAN BERPASUKAN LELAKI KELAS 1 2018







MINGGU GEMPUR DISIPLIN, SEKOLAH SELAMAT DAN HINDAR 2018

Pada 29 Januari 2018, unit Hem SMK Taman Jasmin 2 telah mengadakan Minggu Gempur Disiplin, Sekolah Selamat,dan Hindar.

Ucapan perasmian sesi pagi oleh : Pn Norazlia Binti Abd. Rahman (PK HEM)
Ucapan perasmian sesi petang oleh :  PPS Sarjan Faridah

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang minggu seperti :
1. Taklimat disiplin
2. Taklimat Anti Buli
3. Pameran Unit Bimbingan dan Kaunseling
4. Pameran Kerjaya


































LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN 2018

Latihan pengosongan bangunan telah diadakan pada 1 Februari 2018. Apabila loceng penjang berbunyi, guru bersama pelajar akan mula berkumpul di padang mengikut laluan pelan kebakaran yang telah diedarkan. Alhmadulillah, program ini telah berjalan lancar dan murid telah didedahkan langkah keselamatan apabila berlaku kebakaran. Program ini juga mendapat kerjasama daripada unit bomba.










KEM KEPIMPINAN MURID SMK TJ2 2018

MAKLUMAT DAN PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh              :  27 Januari 2018 (Sabtu)
Masa                 : 7.30pagi – 1.00 tengahari
Tempat              :  Sekolah SMK Taman Jasmin  2
Penglibatan       : Pemimpin murid 
                            (Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat sumber, Pembimbing Rakan Sebaya)


            
HARI / MASA
27 Januari 2018
SABTU
7.30 AM - 8.00 AM
Pendaftaran
8.00 AM - 08.30 AM
Senamrobik
(En. Mohd Faizee Azwar )
8.30 AM - 9.00 AM
Minum pagi
9.00 AM -10.00 AM
‘Taklimat Kepimpinan Murid’
Santapan Rohani
(Tuan Sharulbahrin/Pn. Kaladevi)
10.00 AM - 11.30 PM
LDK 1
11.30 PM - 12.30 PM
LDK 2
12.30 PM
Penutup Perasmian
1.00 PM

Bersurai