MAJLIS RESTU ILMU SPM 2017


Majlis Restu Ilmu di antara guru dengan murid mampu memberi kekuatan kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan disamping sokongan berterusan dari pihak sekolah. Majlis Mohon Restu SPM 2017 ini  telah diadakan pada 2 November 2017 bersamaan Hari Khamis .

Program ini diadakan bertujuan memohon keberkatan untuk calon-calon SPM dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga ia bertujuan menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai murid, membina hubungan erat dalam kalangan guru dan murid. Mudah-mudahan progam yang diadakan ini akan memberi banyak manafaat kepada semua warga SMKTJ2.

" Semoga anak-anak SMK TJ2 beroleh kejayaan cemerlang"













PROGRAM SILANG BUDAYA 2017

Tarikh : 30 hb OKTOBER 2017
Masa : 07.30 AM – 11.00 AM
Tempat : PADANG DAN DATARAN SMKTJ2



Program silang budaya merupakan satu program yang memupuk semangat perpaduan dikalangan murid SMKTJ2 yang berbilang kaum. Program ini melibatkan kelab dan persatuan serta badan beruniform sekolah. Pelbagai aktiviti menarik  telah dijalankan seperti permainan dan pameran.
Semoga ukhwah dikalangan warga SMK TJ2 semakin erat.