SAMBUTAN HARI GURU 2017

" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Sambutan peringkat sekolah diadakan pada 16 Mei 2017 (Selasa) dengan tema "KEMBAR SEIRAS "

Antara objektif sambutan :

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

























MAKLUMAN AKTIVITI SEKOLAH 22 MEI 2017

Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan
Ibu Bapa / Penjaga murid-murid SMK Taman Jasmin 2.

Tuan,

MAKLUMAN AKTIVITI SEKOLAH 2017

Sukacita dimaklumkan perkara-perkara berikut untuk makluman dan tindakan tuan/puan:

2.1 Cuti Pertengahan Tahun bermula dari 27 Mei 2017 hingga 11 Jun 2017.

2.2 Pada 12 Jun 2017 (Isnin) merupakan Cuti Nuzul Quran

2.3 Penggal ke 2 persekolahan bermula pada 13 Jun 2017 (Selasa) dan berada dalam bulan Ramadhan tahun 1438H.
Waktu persekolahan sepanjang tempoh ini sehingga Hari Raya Aidil Fitri adalah seperti berikut:
2.3.1 Sesi Pagi : 7.20 pagi hingga 1.05 tgh (Isnin)
7.30 pagi hingga 12.30 tgh
(Selasa hingga Jumaat)
2.3.2 Sesi Petang : 12.30 tgh hingga 5.30 petang
(Isnin hingga Khamis)
2.20 petang hingga 5.30 petang (Jumaat)

2.4 Semua aktiviti Kokurikulum ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan dan akan disambung semula seperti biasa selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri.

2.5 Cuti Hari Raya Aidil Fitri adalah dari 24 Jun 2017 hingga 2 Julai 2017.


Sekian, terima kasih. Untuk makluman semua murid dan ibu bapa sekalian. Surat edaran makluman telah diedarkan kepada pelajar