TAHNIAH TEAM SEPAK TAKRAW

Syabas dan tahniah di ucapkan kepada Team Takraw SMK Taman Jasmin 2 yang telah menjadi JOHAN di KEJOHANAN OLIMPIK MUDA 2016 yang berlangsung di Dewan SMK Engku Hussein pada 27 September yang lalu.

Tahniah kepada pelajar dan guru yang berjuang untuk kejohanan ini.



MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA 2016



24 September 2016-Surau Taman Jasmin 2- Majlis Solat Hajat ini dirancang adalah untuk kecemerlangan akademik SMK TAMAN JASMIN 2 sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insane yang seimbang darisegi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Semoga Program yang dirancang ini dapat membuahkan hasil yang membanggakan. Disamping itu, kami warga pendidik SMK Taman Jasmin 2 dan ibubapa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan awam .

Semoga kejayaan mengiringi anak-anak jasmin












MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KELAPAN

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kelapan, Koperasi SMK Taman Jasmin 2, Selangor Berhad telah dijalankan pada 22 September 2016 bertempat di Bilik Muzik.







Ceramah Dari pos malaysia tentang Kelab stem Dan filateli


Terima kasih PoS Malaysia

Filateli merupakan aktiviti mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem pos, surat, sampul surat, dan bahan-bahan lain. Koleksi ini, sama ada setem, sampul-sampul surat, dan lain-lain selalunya didokumenkan untuk mengesan peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah, serta peristiwa-peristiwa yang lain.








KEM JATI DIRI PENGAWAS 2016

KEM RIMBA RIA ,HULU LANGAT
29-30 JULAI 2016


Kem Kepimpinan Pengawas 2016 ini merupakan anjuran Unit HEM dan Badan Pengawas SMK Taman Jasmin 2. Program ini merupakan program tahunan yang meletakkan sasarannya adalah pengawas sekolah. Usaha mewujudkan pengawas yang berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi adalah satu cabaran yang besar terhadap pihak sekolah. Oleh itu,  komitmen dankerjasama daripada semua pihak iaitu sekolah, ibu bapa masyarakat dan tentunya pelajar itu sendiri amatlah perlu untuk mewujudkan pengawas yang serba boleh. Sehubungan itu, pihak sekolah amnya dan Unit HEM khasnya bertanggungjawab dalam   membina   aspek   kecemerlangan   sahsiah,   kepimpinan   dan   kerohanian   pengawas- pengawas ini  di samping mencorakkan generasi yang cemerlang di dalam bidang akademik. Keseimbangan kecemerlangan seumpama ini pastinya dapat melahirkan pelajar yang benar- benar berkualiti selaras dengan status mereka sebagai generasi yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.Pengisian program yang tersusun akan membantu pengawas menyedari kepentingantanggungjawab mereka sebagai pemimpin di sekolah dan memahami ciri-ciri pemimpin yangsewajarnya dan diaplikasikan dalam tugasan harian