PELANCARAN PRORAM SKIM PENURUSAN KEHIDUPAN STRATA (SKORA)

Pelancaran Program skim pengurusan kehidupan STRATA(SKORA) pelajar sekolah Anjuran
Lembaga perumahan Dan Hartanah Selangor(LPHS) dan SMK Taman Jasmin 2 telah diadakan pada Khamis, 21 April 2016
antara objektif proram :
1)memupuk semangat menjaga kebersihan pangsapuri di kalangan pelajar
2)menerap nilai tanggungjawab pelajar agar memelihara harta bersama pangsapuri serta mencegah vandalisme








MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL 2016

"Teknik dan Vokasional Pemangkin Modal Insan"Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional telah disempurnakan oleh Pn Noor Lailah binti Muhammad Zain, Pengetua SMK Taman Jasmin 2 untuk sesi pagi dan Dr. Hanida Haron untuk sesi petang. Matlamat mengadakan Minggu Teknik dan Vokasional akan dapat memberikan  pendedahan dan memantapkan penguasaan murid  dalam bidang Teknik dan Vokasional  melalui aktiviti-aktiviti terancang bagi membentuk generasi berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam bidang teknologi dan kejuruteraan .

       Disamping itu,objektif yang diharapkan dengan terlaksananya program  ini ialah dapat menimbulkan minat serta mengukuhkan penguasaan murid dalam bidang Teknik dan Vokasional, mencetuskan kreativiti dan reka cipta  murid melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan, murid dapat dilatih dari sudut kepimpinan dan semangat bekerjasama secara berpasukan melalui  aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Minggu Teknik dan Vokasional, memberi peluang dan ruang kepada guru dan murid  mendedahkan modul-modul kemahiran yang yang dilaksanakan oleh murid-murid di bawah bidang Teknik dan Vokasional secara lebih dekat melalui aktiviti-aktiviti atau pameran yang dianjurkan, dan memupuk minat dan mendedahkan murid dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti jualan hasil kerja tangan murid.
      Bagi merealisasikan hasrat ini, panitia-panitia di bawah bidang ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah bidang teknologi dan kejuruteraan disamping aktiviti yang menekankan aspek rekacipta dan kemahiran berfikir untuk semua murid SMKTaman Jasmin 2






MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2016

"Sains dan Matematik Mencetus Kreativiti, Menjana Inovasi"


Minggu Sains dan Matematik 2016 peringkat sekolah telah dijalankan pada 4-8 April 2016. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti  berikut:


4.4.2016 Pelancaran minggu sains dan matematik telah disempurnakan oleh Pn Noor Lailah Binti Muhammad Zain (Pengetua SMK Taman Jasmin 2)

Berikut antara beberapa rakaman gambar aktiviti  yang telah dijalankan