MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 13

SMK TAMAN JASMIN – 27 Februari 2016 (Sabtu), Mesyuarat Agung PIBG Ke 13 telah diadakan di dewan sekolah. Seawal jam 8.30 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di dalam dewan. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengetua, pengerusi PIBG : Tn Hj Annuar Bin Idris dan seterusnya merasmikan mesyuarat PIBG pada hari ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir .
















MAJLIS DEKAT DISAYANG, JAUH DIKENANG

KHAMIS, 25 FEBRUARI 2016- Majlis Dekat Disayang, Jauh Dikenang telah diadakan sempena meraikan persaraan Pn Habsah Binti Che Dam (GKMP Kemanusiaan), Pn Zaleha Binti Abdullah (Guru Sains), dan Pn Girace Manoranjitham a/p S. Ponnudurai. Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Duhai guru
Pembina Negara Bangsa
Yang mengisi dada anak bangsa
Dengan ilmu dah perasaan kasih

Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru
Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampai kan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu sayangi
Menjadi insan

Duhai guru
Sudah bermusim kita bersama di sini
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupakan

Ketahuilah duhai guru
Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada








TEMPAT KETIGA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSN .

Alhamdulillah. ...tahniah kepada pasukan sepak takraw bawah 15 tahun daerah Hulu Langat yang mendapat tempat ke -3 peringkat negeri Selangor.

Wakil sekolah SMK Taman Jasmin 2 :
1. Ikhamuddin bin Yusri
2. Hasmaafizam bin Hasmani
3. Muhammad Afiq bin Mohd Rizal
4. Muhammad Irfan Imran bin Kamaruzaman
5. Ahmad Irfan Iskandar bin Azizul


PELANCARAN MINGGU BAHASA 2016

" Bahasa Penggerak Budaya Bangsa "

Pada Isnin, 22 Februari 2016 Pelancaran Program Minggu Bahasa telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Taman Jasmin 2 iaitu Pn Noor Lailah Binti Muhammad Zain. Program ini bertujuan untuk :

Ø  Mendedahkan keunikan pelbagai bahasa  dari pelbagai aspek.
Ø  Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan pelbagai bahasa 
Ø  Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai pelbagai bahasa.
Ø  Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan bersemangat  patriotik  bertunjangkan kepelbagaian bahasa.

















5.0         


KURSUS PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM

Kursus ini telah dijalankan pada hari ini, 20 Februari 2016 bertempat  di sekitar SMK Taman Jasmin 2.





PERTANDINGAN KALIGRAFI ANTARA SEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH

SYABAS dan TAHNIAH di ucapakan kepada SHANNA LYN CARINO dari kelas 4 Ibnu Sina kerana tela memenangi dan mengharumkan nama sekolah pada pertandingan Kaligrafi Antara Sek Kerajaan & Swasta Negeri Selangor & Wilayah Sempena Tahun Baru Cina 2016




Kursus Tahsin Solat Anjuran Panitia Pendidikan Islam Tahun 2016

TAJUK :         KURSUS TAHSIN SOLAT 
SABTU, 20 FEBRUARI 2016
8.00 AM - 5.00 PM

ALHAMDULILLAH. Hari ini berlangsung Kursus Tahsin Solat kepada pelajar-pelajar SMK Taman Jasmin 2. Semoga dengan kursus ini memberi pendedahan solat yang sebenar serta dapat meningkatkan ketakwaan dan menjadi hamba yang soleh.

OBJEKTIF :

1.    Memberi pendedahan secara teori dan amali tentang solat  secara langsung kepada pelajar 2.    Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran salah satu daripada sukatan pelajaran          
       Pendidikan Islam 
3.    Memastikan pelajar  boleh solat dengan sempurna
4.    Memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep solat sebagai satu tuntutan fardu 
       ain 

RASIONAL 

1.    Pelajar perlu diberi pendedahan secara praktikal tentang  tuntutan fardu ain.
2.    Pelajar perlu diberi pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakan tuntutan 
       ini demi kepentingan diri, keluarga dan masyarakat.

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru-guru pendidikan islam SMK Taman Jasmin 2.








KEJOHANAN ROAD RUN 2016

Terima kasih kepada semua yang berganding bahu dalam menjayakan kejohanan road run peringkat sekolah baru-baru ini. Sekalung tahniah kepada Rumah Merah yang menjadi Johan Keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 873 mata. Tahniah!