Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah oleh AADK

CERAMAH PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH        
                                                    28.1.2016
Tajuk               :  Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah        
Tarikh              : 28.1.2016 (Isnin)
Tempat            : Dataran Jasmin

Objektif           :
1.      Menyedarkan kepada pelajar dan guru-guru akan bahaya dadah dan jangan sesekali  
 mengambil peluang untuk mencuba dan kesannya amat buruk.
2.      Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah.  
3.  Menyedarkan akan mahasiswa/i akan bahaya dadah dan jangan sesekali mengambil peluang untuk      mencuba dan kesannya amat buruk.
4.  Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penyalahgunaan bahan tersebut dan maklumat yang diperolehi mungkin dapat diaplikasikan dalam kerja sosial.







LAWATAN KERJA TN MAT JAH BIN ROSLAN, PEGAWAI PPD HULU LANGAT 2016

SELASA - 26 JANUARI 2016
Terima kasih atas lawatan dan perkongsian yang diberikan.



MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2016

ISNIN-25 JANUARI
PERASMI : TN HJ ANNUAR BIN IDIRS, YDP PIBG
Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada murid-murid sekolah.  Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif PSS.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk melatih para murid  untuk menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan pertolongan dari segi emosi, sosial mahupun mental di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Pengawas SPBT yang dilantik akan membantu guru SPBT melicinkan lagi operasi SPBT sekolah. Selain Itu, membantu melaksanakan kerja-kerja pengagihan dan pemulangan buku serta menjalankan aktiviti kebersihan dan keceriaan bilik BOSS.

          PENYERAHAN KUASA ROTAN KEPADA GURU DISIPLIN SEKOLAH












   OBJEKTIF
  1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS, PRS , SPBT , Koperator, Pengawas Kokurikulum supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
  2. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
  3. Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.

MINGGU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (18-22 JAN 2016) , PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG dan DWEN (Dasar Warga Emas Negara)

MINGGU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (18-22 JAN 2016) , PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG dan DWEN (Dasar Warga Emas Negara)

ISNIN-18 JAN 2016 Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Jasmin 2 akan mengadakan pelbagai aktiviti pada minggu ini bersempena Minggu UBK yang telah dirasmikan pada hari ini -18 Jan 2016. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Pameran PBS (Psikometrik) , One Spot Inventori, Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Warga Emas, Kuiz Cintai UBK dan lain-lain. Disamping itu diadakan juga pelancaran amalan guru penyayang dengan meraikan hari lahir beberapa orang guru dan pelajar yang jatuh pada bulan Januari










PROGRAM TAHSIN AL-QURAN 2016

Program ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang celik al-Quran serta dapat menguasai ilmu tajwid. Majlis pelancaran program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustazah Normala Muda serta sedikit ceramah ringkas. Kemudian dirasmikan oleh Pn Noor Lailah BInti Muhammad Zain, Pengetua SMK Taman Jasmin 2. 
Semoga usaha murni yang dilaksanakan diberkati dan seterusnya menjadi budaya hidup anak-anak sebagai penyambung legasi kehidupan.








MAJLIS AKU JANJI " MAJADDA WAJADDA"

15 JANUARI 2016 Majlis aku janji 'MAJADDA WAJADDA' tingkatan 3 dan tingkatan 5 (sesi pagi) serta pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 (sesi ptg)..
Semoga kesemua pelajar SMKTJ2 dapat membentuk displin yg baik dan mendapat kecemerlangan dalam akademi..










PERJALANAN MAJLIS AKU JANJI MANJADDA WAJADA

1. Pengenalan program manjadda wajada
2. Semua ketua tingkatan ambil tempat di pentas
2. Ikrar akan diketahui oleh seorang ketuapengawas.
3. Kaunselor akan memberikan panduan untuk mengisi borang aku janji 
4. Pelajar akan mengisi borang tersebut di kelas bersama guru subjek waktu pertama di kelas masing2
5. Ketua kelas akan mengutip kesemua borang dan menyerahkan borang tersebut kepada kaunselor.

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 DAN PERALIHAN 2016


31 Disember 2015-Alhamdulillah, Program Pendaftaran Murid ke Tingkatan 1 dan Peralihan bagi sesi 2016 telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Kepada semua pelajar tingkatan 1 dan peralihan, selamat datang menjadi warga SMKTJ2 dan selamat menempuh fasa baru pendidikan.