SEKITAR SAMBUTAN AMBANG KEMERDERKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2015




PENDAHULUAN
               Bulan Ogos telah ditetapkan sebagai Bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan di  SMKTJ2. Pada tahun 2015 ini, bertepatan dengan bulan tersebut,  pihak sekolah juga mengadakan Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 yang bertemakan “ Sehati Sejiwa”

MATLAMAT
Membentuk jatidiri warga Sekolah Menengah Taman Jasmin 2 supaya menjadi warga negara Malaysia yang cinta akan negara disamping mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dalam kehidupan seharian.


OBJEKTIF
·           Menyemai dan menanam sikap cinta akan negara dan keamanan sejagat
·   Menghargai perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh negara yang memperjuangkan kemerdekaan serta membangunkan negara.
·          Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu bagi mempertahankan kedaulatan negara dan berusaha memajukannya.










KEJAYAANMU KEBANGGAAN KAMI...2015


     "Tahniah dan syabas kepada yang telah mengharumkan nama SMK Taman Jasmin 2"

TAHNIAH 1

πŸš‚ AKTIVITI PENGEMBARAAN (KERETA API) UNTUK KEM LENCANA MAJU PENGAKAP MUDA πŸš‚


🍭 Pengembaraan Keretapi daripada KTM UKM ke KTM Kuala Lumpur & KTM Salak Selatan

πŸ“… Tarikh : 16 Ogos 2015

πŸ“Tempat : Berkumpul di KTM UKM
⌚️Masa : Daftar 7.30 pagi



TAHNIAH 2

Johan Pertandingan Lukisan Kreatif 2015
Tahniah kepada pelajar dan guru pembimbing



TAHNIAH 3
SIRI JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN 2015
Pantu Berirama - Johan / Platinum dan Naib Johan
Nyanyian Solo AKZ Akustik - Johan Zon Tengah





TAHNIAH 4
Pengganugerahan Tokoh Puteri Cemerlang 2015 (Puteri Islam)
Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah
SHARIFAH AMINAH BINTI SAID MOHAMED
5 WAWASAN



TAHNIAH 5
Tempat Ketiga dalam Karnival Futsal IUKL

TAHNIAH 6
Tempat ketiga. Pertandingan pertolongan cemas prgkt daerah. Syabas n tahniah kepada pasukan BSMM Taman Jasmin n Pn Jorah


TEKNIK PEMBELAJARAN BERKESAN TASAWWUR ISLAM SPM 2015

Tarikh : 12 Ogos 2015 
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Surau Al-Falah, SMK TAMAN JASMIN 2


Objektif:
1. Mendedahkan teknik menjawab soalan  Tasawwur Islam SPM kepada GPI dan semua calon SPM
2. Memberi motivasi kepada GPI dan calon SPM supaya lebih bersemangat dalam mempelajari ilmu tasawur
3. Supaya GPI akan mempraktikkan teknik tersebut dalam proses P & P di sekolah dan calon SPM boleh menggunakan teknik tersebut semasa menjawab 
4. Supaya  Tasawwur Islam akan lebih cemerlang 
dalam SPM

Penceramah :
1. Ust Zakiah Abdul Rahman dari SMK Abdul Jalil
2. Ustazah Surina Akmal binti Abd Sattai dari SMK JLN 3








MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMANUSIAAN DAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Tanggal 10 Ogos 2015, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemanusiaan dan Hari Kemerdekaan tahun 2015 telah diadakan. Majlis pelancaran ini telah  dirasmikan oleh Tuan Haji Annuar bin Idris, YDP PIBG SMK Taman Jasmin 2.

Sambutan Bulan Kemanusiaan dan Hari Kemerdekaan ini merupakan satu program tahunan di sekolah ini. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan di kalangan murid-murid. Secara tidak langsung, program ini berjaya menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.

Objektif program adalah seperti berikut:
  • Menyemai semangat cinta akan negara
  • Menyemai semangat 1Malaysia.
  • Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam  rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
  • Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
  • Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Berikut merupakan senarai aktiviti yang akan dijalankan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia :
1)   Pelancaran Bulan Kemanusiaan dan Bulan Kemerdekaan         
2)   Pertandingan Replika Sejarah        
3)   Pameran Panitia Bidang Kemanusiaan          
4)   Pertandingan Basikal Berhias        
5)   Simulasi Pilihanraya        
6)   Pertandingan Kad Gergasi Kemerdekaan       
7)   Sambutan Ambang Kemerdekaan        
8)   Sambutan Hari Malaysia dan penutupan Bulan Kemerdekaan         


Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran :

1.ucapan pelancaran, ucapan gkmp, dan pengacara majlis



















2) Gimik Perasmian


















3) Pameran


PELANCARAN PROGRAM AEROBIKTHON PPDHL 2015

TARIKH   : 5 OGOS 2015
HARI        : RABU
MASA      : 7.30 AM - 8.40 AM / 1.05 PM - 2.20 PM

TEMPAT ; DATARAN PERHIMPUNAN SMK TJ2


Program Aerobikthon ini dijalankan untik mengutip derma bagi tujuan menampung kos pengelolaan Persatuan Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Daerah Hulu Langat, melengkapkan prasarana pendidikan pada semua peringkat serta pendidikan pada semua peringkat serta melengkapkan peralatan sukan pada semua peringkat

Program Aerobikhton ini mempunyai empat fasa :
Fasa 1 : Edaran Kad Aerobikthon
Fasa 2 : Kutipan derma dan Sumbangan
Fasa 3 : Pengumpulan kad mengikut zon dan fasa
Fasa 4 : Aerobik beramai-ramai