MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM KE ARAH PEMBENTKAN SAHSIAH PELAJAR 2015


Program sekolah ini merupakan satu kursus untuk memberi pendedahan, kesedaran, dan pengetahuan kepada para pelajar yang berisiko tinggi dalam permasalahan disiplin. Program ini dapat membantu para pelajar itu sendiri dalam menangani permasalahan mereka seterusnya menjadikan pelajar ini dapat diterima sebagai warga yang bertanggungjawab serta ke arah menjadikan diri pelajar insan kamil, generasi yang cemerlang dari segi rohani dan jasmani.

HARI : JUMAAT DAN SABTU
TARIKH : 29 - 30 MEI 2015
PERASMI : TN HJ ANNUAR BIN IDRIS

ANJURAN : UNIT HEM DAN PEPIAS








SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015

HARI      : ISNIN
TARIKH : 18 MEI 2015
TEMA PAKAIAN : "BACT TO SCHOOL"

Terima kasih kepada guru pembimbing Badan Penfawas dan semua pengwas SMK TAMAN JASMIN 2 yang telah berjaya mengadakan sambutan pada tahun ini. 

Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar.Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 

Untuk tahun ini sambutan Hari Guru di Malaysia adalah bertemakan GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK akan diraikan pada 16 Mei bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa

YDP PIBG bergambar kenangan bersama barisan pentadbir

Pengetua bersama barisan pentadbir









DEFINISI DAN HURAIAN TEMA HARI GURU 2015
Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.


1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.




KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015

TARIKH KEJOHANAN : 8 MEI 2015
TEMPAT : PADANG SMK TJ 2
PERASMI : TN HJ ANNUAR BIN IDRIS

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecmerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

            Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.


            Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2 sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.
TAHNIAH DAN SYABAS!!!
JOHAN            : TOK JANGGUT (MERAH)
NAIB JOHAN : MAT KILAU (UNGU)
KETIGA          : BIRU (DATO' MAHARAJALELA)
KEEMPAT      : HIJAU (DATO' BAHAMAN)
KELIMA         : KUNING (MAT SAID)














CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SEJARAH 2015

TEMPAT : MSU, SHAH ALAM
TARIKH : 3 MEI 2015

Bengkel Teknik Menjawab Sejarah telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah SMKTJ2 untuk calon SPM 2015 pada 3 Mei 2015 bertempat di MSU, Shah Alam. Moga para pelajar mendapat manafaat daripada program ini dan seterusnya menghasilkan keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan yang akan dihadapi tidak lama lagi.