CERAMAH FIRE PREVENTION

Ceramah fire prevention disampaikan oleh Anne Cheng daripada FPC (Fire Prevention Centre).
KHAMIS, 30 April 2015
Satu ceramah mengenai 'Langkah-Langkah Keselamatan Kebakaran' oleh Mrs Anne Cheng. Ceramah pendidikan ini disertai oleh semua guru di Bilik Guru. Objektif utama ceramah ini disampaikan adalah bagi mewujudkan kesedaran untuk mencegah dan mengurangkan kemungkinan berlakunya kebakaran yang boleh menyebabkan kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda.
Menerusi ceramahnya, beliau memperkenalkan beberapa jenis kebakaran dan menekankan pentingnya strategi untuk mencegah kebakaran yang perlu disediakan di setiap bangunan. Strategi pencegahan tersebut, termasuk pemasangan pemadam api dan sistem pengesanan asap di bangunan-bangunan kediaman. Selain daripada itu, Mrs Anne juga memaklumkan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan  semasa berlakunya kebakaran.




SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2015

‘KOPERASI BERPERIHATIN TERHADAP MASYARAKAT’

ISNIN, 27 APRIL 2015

Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula disambut sejak tbeberapa tahun yang lalu dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi. Bagi tahun 2015, sambutan HKS ditetapkan sambutannya di antara 27 April  hingga 30 April 2015 .
OBJEKTIF 

Antara objektif sambutan Hari Koperasi Sekolah 2015 adalah seperti berikut:
  1. Menghebahkan kewujudan dan peranan koperasi sekolah dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.
  2. Menggembleng penyertaan menyeluruh, pelajar, guru, kakitangan, PIBG dan masyarakat setempat.
  3. Mendedahkan pengetahuan  perniagaan kepada pelajar.
  4. Menarik minat pelajar dalam bidang perniagaan.
  5. Memupuk daya kreatif dan inovatif budaya perniagaan dalam kalangan pelajar.
  6. Melahirkan lebih ramai para peniaga dan usahawan muda.
  7. Mewujudkan kerjasama yang erat antara koperasi sekolah dan masyarakat setempat.



KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM 2015

Unit Kokurikulm SMK TAMAN JASMIN 2 telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kokurikulum (Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan) pada 24 April 2015. Kursus tersebut telah diadakan di Dataran Perhimpunan serta penceramah jemputan daripada kolej INTI
Peserta terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi I, Timbalan Pengeruan darsi II, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari & Penolong Bendahari yang masing-masing mewakili Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.
Di antara objektif kursus adalah; 
  • Mendedahkan AJK tertinggi kepada bidang tugas, fungsi dan peranan mereka mengikut jawatan yang disandang dan menjadi ‘role model’ kepada ahli-ahli serta menjayakan sistem ‘training of trainee dalam kegiatan tahunan yang dirancangkan.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Kurikulum SMK Taman Jasmin 2, En Othman Omar.





PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK E-KEHADIRAN DAN KELAS TERBERSIH

TAHNIAH!!!!
Kepada kelas 4 Ibnu Sina kerana telah memenangi kategori kebersihan dan keceriaan kelas selama 3 bulan berturut-turut.
Semoga momentum ini dapat dikekalkan.

Pemenang kedatangan dalam e-kehadiran melebihi 95%

KARNIVAL BAHASA TAMIL DAERAH

Syabas dan tahniah kepada para pelajar sekolah kita yang telah mendapat tempat naib johan dalam pertandingan deklamasi sajak dan pertandingan melafaz Tirukkural



SYABAS GURU DAN PELAJAR

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2015

11-12  APRIL 2015
SMK TAMAN JASMIN 2
ANJURAN : UNIT HEM DAN PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS)


PENDAHULUAN
Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan pelajar khususnya pengawas, pengawas pusat sumber dan tunas pembimbing rakan sebaya amat diperlukan dalam sesebuah sekolah. Kebolehan dan kemampuan memimpin ini dapat membantu pihak pengurusan sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan ketrampilan warga sekolah. Pengawas dan pengawas pusat sumber merupakan satu badan penting di sekolah dalam membantu mewujudkan iklim yang baik. Oleh itu, mereka seharusnya diberi latihan dan input kepimpinan selaras dengan tugas- tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak. 


OBJEKTIF 
Pada akhir program diharap murid akan : 

  • Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri pelajar 
  • Menjadi murid yang mempunyai sahsiah yang tingggi serta berguna pada agama, bangsa dan negara. membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan 
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan Menanam sikap yang bertanggungjawab dan suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan dedikasi 
  • Melahirkan pemimpim yang dapat menjadi “ Role Model” kepada pelajar-pelajar lain 
  • Memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab masing-masing. 





KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SLOT BERSAMA IBU BAPA





PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA BADA BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH SMKTJ2 2015

Alhamdulillah buat julung kalinya Unit Kokurikulum SMKTJ2 telah berjaya menagnjurkan pertandingan kawad kaki antara badan beruniform peringkat sekolah bagi tahun 2015 pada 11 April 2015 (Sabtu).


Pertandingan ini telah diadakan di Datarn Perhimpunan Sekolah bermula daripada pukul 730 pagi hingga 1200 tghr. Semua badan beruniform mengambil bahagian. Syabas dan tahniah kepada semua ajk, guru, dan semua pelajar.











PROGRAM PENARAFAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEKOLAH

Program anjuran Unit Hem SMK Taman Jasmin 2 ini telah diadakan pada 9 April 2015. Unit trafik telah membuat semakan cukai jalan bagi motor yang ditunggangi pelajar. Di samping itu, mereka juga telah membuat pemeriksaan motor agar motor pelajar ini mengikut spesifikasi yang di benarkan oleh JPJ. Pegawai trafik yang terbabit pada hari ini diketuai oleh Inspektor Arif bin Jantan (Penguatkuasa Trafik Highway Patrol Vehicle, HMPV) cawangan Kajang dan beliau di bantu oleh 7 anggota trafik yang lain.









PROGRAM PENDIDIKAN MARIN DAN PRS TAHA BESTARI FASA 1 PERINGKAT PPDHL

TARIKH :1- 5 APRIL 2015
TEMPAT: PUSAT KOKURIKULUM TANGKOK, BACHOK DAN PULAU PERHENTIAN 
                  TEREGGANU
PESERTA : PRS SMK TMN JASMIN 2


Taklimat disampaikan oleh Pengetua dan Pk Hem sebelum para peserta bergerak




Para peserta kem sedang menjalankan aktiviti pembenihan batu karang yang bermula dengan persediaan frame coral sebagai tapak. 88 benih batu karang diikat ketat di setiap lubang yang disediakan. Proses dijalankan dengan sangat teliti di dalam laut supaya batu karang tidak terdedah dengan udara.









Para peserta juga didedahkan tentang pentingnya kehidupan marin kepada manusia dan kepentingan untuk kita menjaganya.

Para peserta bergambar kenangan sebelum pulang