KEJOHANAN ROAD RUN 2015

TARIKH : 28 FEBRUARI 2015
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : SMK TMN JASMIN 2

Terima kasih kepada semua yang berganding bahu dalam menjayakan kejohanan road run peringkat sekolah baru-baru ini. Sekalung tahniah kepada Rumah Biru yang menjadi Johan Keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 395 mata. Tahniah!








Kejohanan Road Run SMK Taman Jasmin 2 akan diadakan pada ketetapan di atas. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar, Ibu bapa, serta Alumni SMKTJ2.


Untuk kategori ibu bapa sila hubung Cikgu Faisal 0163377247

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PSS, PRS, KOPERATUR SEKOLAH 2015

ISNIN
9 FEBRUARI 2015
DIRASMIKAN OLEH : TN HJ ANNUAR BIN IDRIS
YDP PIBG SMK TMN JASMIN 2












MESYUARAT PIBG SESI 2015/2016

SABTU, 7 FEBRUARI 2015. Mesyuarat JK PIBG SMK TMN JASMIN 2, 2015 telah diadakan pada sabtu yang lepas. Diharap perjumpaan ibubapa dengan guru di sekolah ini dapat sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa. Permuafatan guru dengan ibubapa diharap dapat memajukan lagi sistem pendidikab di sekolah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibubapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak 100% kepada pihak sekolah. Perlu kita sedar bahawa masa anak-anak di sekolah hanya 6 jam sehari manakala masa mereka di rumah dan dibawah pengawasan ibubapa adalah lebih baik kurang 18 jam. Maka tidak wajarlah jika terus menuding jari menyalahkan guru-guru di sekolah jika anak-anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, sebagai ibubapa hendaklah sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk kebaikan anak-anak.













DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .

Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , gemilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَالِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ


وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

PELANCARAN MINGGU NILAM DAN BAHASA

 PELANCARAN  MINGGU BAHASA DALAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2015

TARIKH     : 2 FEBRUARI 2015









Pengenalan NILAM

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan murid banyak membaca.

2.Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

3. Mencari Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah ke Peringkat Bahagian.





TAHAP PELAKSANAAN


Merangkumi 2 Tahap :

1. Tahap Jauhari - Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat yang dikenali sebagai Jauhari.

2.Tahap Rakan Pembaca - Membantu Pencambahan penyertaan murid dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca.